Reviewbah
Open in App
Login
MOHD ALIF4095f
MOHD ALIF4095f
2 months ago
9.5

Makanan semua sedap2

Aku try sekali tiga menu yang selalu orang sebut-sebut kat sini — Shieldout, Ayam Gepuk dan Asam Pedas Telur Mayong.

Shieldout

Mula-mula aku try Shieldout perisa kari. Serius cakap, kuah dia memang lain macam. Bukan kari Melayu, bukan kari mamak. Dia ada rasa dia sendiri. Yang paling aku perasan, lepas makan tu bau rempah dia masih melekat kat tangan. Sampai terjilat-jilat jari dibuatnya. Memang padu.

Ayam Gepuk

Ayam dia rangup luar, dalam masih juicy. Sambal dia pula bukan setakat pedas. Ada rasa. Jenis sambal yang buat kau tambah nasi tanpa sedar. Mula-mula kata nak makan sikit je, sekali licin pinggan.

Asam Pedas Telur Mayong

Yang ni memang rare. Aku tak pernah jumpa kat tempat lain. Kuah asam pedas dia pekat, cukup rasa masam dan pedas. Telur Mayong tu pula memang sedap makan dengan kuah dia. Memang menu yang buat aku faham kenapa ramai sanggup datang jauh semata-mata nak makan sini.

Taste
10.0
Environment
9.0
Service
9.0
Value
10.0
Wanis Shieldout Puchong Indah
9.5
Excellent
Be the first to comment!