Reviewbah
Open in App
Login

Malaya Garden

Cafe | Restaurant

8.5/10
Excellent
Unclaimed
See more

About

Closed now
Call
016-912 1268
About this place

No description available

Reviews & Ratings

8.5/101 reviews
Taste
9.0
Environment
10.0
Service
8.0
Value
7.0
8.5
Yesterday
kafe 'insta-worthy in KLโœจ

korang ada plan nak ke kafe ' insta-worthy ' dengan kawan-kawan tapi tak tahu mana nak tuju? jom i share tempat makan best di area kl.

๐Ÿ“ malaya Garden,1A, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

cafe ni Forest theme & design cafe dia simple tapi memberi ketenangan sebab hiasan hijau sekeliling cafe.Konsep cafe dia adalah reka bentuk landskap Tradisional Melayu, persekitaran semula jadi & suasana macam dalam kehidupan seharian kita. And cafe dia memang nampak mewah.memang tenang dah santai la senang cerita.kebersihan pun terjaga stuff pun sempoi.

pelbagai jenis hidangan daripada yang ada disini bermula daripada tempatan, Asia, Barat dan juga fusion.apa korang nak semua ada.

i try salted egg croissant memang sedap , unik lain dari yang lain, untuk makanan berat pulak i order pasta kari laksa, combinasi asian food, rasa pun sedap,bagi i biasa-biasa sahaja. overall ok je untuk makanan i rasa banyak lagi menu best-best korang boleh cuba dekat sini. kalau ada kesempatan kita singgah makan dekat sini lagi๐Ÿฅฐโค๏ธ

haa.. mesti ramai nak tanya pasal hargakan? harga dekat sini tak terlalu mahal bagi i untuk enviroment yang nampak mewah macam ni food dekat sini dicategori standart price. cuma yang tak best dekat sini weekend memang penuh dan parking susah nak cari๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

orang weekend ni plan nak makan dekat mana? boleh sharing idea dekat komen bawah ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Photo of Malaya Garden - Kuala Lumpur, Kuala lumpur, MalaysiaPhoto of Malaya Garden - Kuala Lumpur, Kuala lumpur, MalaysiaPhoto of Malaya Garden - Kuala Lumpur, Kuala lumpur, MalaysiaPhoto of Malaya Garden - Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
0
  1. 1

FAQ